Tuesday, August 12, 2008

Untuk K


Selamat pagi dunia. Hari nih aku masih lagi bernyawa. Alhamdulillah Allah kerana memanjangkan usiaku hingga saat ini. Aku bangun sebab alarm hp K bunyi mcm nak rak. Dia bergerak pun tidak. Kepenatan sebab dah asik kena keje direct jek.

Aku cuba nak bangun sekali kaki aku cramp.. Arghhh .. herot herot muka aku menahan sakit . Aku urut betis aku pelahan2. Sejak semenjak ni kaki aku selalu cramp.. pesal tah.. tak cukup kalsium agaknya kot?? Lepas tuh aku pun batuk kong kong2 mcm nak pecah dada. Mmg aku tak sehat dah beberapa hari.. Faruq pulak kena cirit . Jadik hari neh aku nak g klinik . Apa yg aku melalut neh . Bukan ni yg aku nak ceritakan ...

Aku tgk K tgh sedap dilayan mimpi. Mimpi apa agaknya? Dua tiga kali aku dgr dia bercakap semalam. Kejap pelahan kejap kuat .. Dalam gelap subuh tuh aku tenung jek dia .. meraup setiap inci DIA dengan mataku ... dan hatiku pun berkata2...

K.. whats going on? aku tahu kalau ader sesuatu yg bercelaru kau pasti akan terbawa2 dalam tidur..are u happy? or r u sad ? r u satisfied with all i've given to you? or there's something that you try to hide from me? do you love me like u used to? are we gonna grow old n happy together? r u content with my love?

aku tau kau sedang tidur .. aku tau kau lelah dengan kehidupan ini.. aku tau kau pun seperti aku adakala hilang semangat dan hilang sabar untuk mengharungi dugaan hidup ini .. apakah aku sentiasa berada disisimu seperti yg kau mahu? apakah aku mendengar setiap keluhan hatimu dengan baik? apakah aku cukup memberimu kasih sayang ? apakah aku telah melakukan yg terbaik untuk dirimu ? aku harap aku sudah walaupun aku tidak yakini penyataanku itu..kata org bijak pandai .. tiap pasangan ditemukan untuk menlengkapi antara satu sama lain. aku harap somehow aku bisa 'melengkapmi' mu ..

aku tahu kau tidak menjawab .. aku tahu kau sedang asyik dalam tidurmu.

jawab saja dalam hati .. kalau kau terbaca coretanku ini .

maaf.. aku tak bisa menjawab pertanyaanmu..sometimes things are better left unsaid.. aku cuma tahu .. aku masih dan amat sayang padamu ..dan aku pohon maaf diatas tiap kekuranganku, kelemahanku .. dan apa saja yg mungkin tidak dapat memenuhi permintaan hatimu. Demi Tuhan aku tidak pernah berhenti mencuba untuk membahagiakanmu..

Aku berdoa semoga Allah sentiasa bersamamu.. menguatkan semangatmu.. menenangkan hatimu .. menjadikan kau wira yg sentiasa menang didalam pertarungan hidupmu .. dan aku berdoa semoga Allah menunjukkan dan memberikan kau sinar kebahagiaan hingga akhirnya. dan....
aku berdoa lagi semoga .. aku akan hidup didalam hatimu seperti pohon rendang yg menyejukkan dan menenangkan.. yang mendamaikan dirimu kala resah .. dan kau berasa sentiasa selamat didalam pelukanku.

lagi? semoga Allah akan satukan hati kita selamanya ...

aku bangun dan bersiap untuk bersolat . Bersiap untuk melalui hari-hariku lagi ... aku tak tahu kenapa hari ini aku terasa ingin menangis lagi ...

Tuhan,

aku hanya punya satu hati dan satu cinta. lindungilah ..

Tuhan,
pimpinlah aku..

Harmoni- Doa

Tuhanku
dalam termanggu
kusebut namaMu
biar susah sungguh
mengigat Kau penuh seluruh

Tuhanku
cahaya Mu panas suci
bagai kerdip lilin
ditelan sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk
kembara dinegeri asing

Tuhanku
pintuMu kuketuk
aku tak bisa berpaling ..
*****

gelombang dilautan biru ..
bagai arus hidupku
ada pasang surut bagai air laut
ada gelombang dalam jiwaku ..

***

jika aku memejamkan mataku,
aku hanya melihat aku dan kamu saja.

Semua yang masih ditempatnya.
Tidak berubah. Tidak hidup.
Tidak juga mati.
Dan aku bernaung dibirunya langit,
menjejakkan kakiku ke dasar bumi
gemuruhnya menghempas jauh anganku..

Tetapi jika kamu mau melihat lebih jauh,
tataplah aku dari dekat.
Maka akan kau temukan senyum. Kekuatan.
Badai akan lewat jika kita sedikit bersabar
hanya akankah semuanya masih ditempatnya?!
Kukepalkan tanganku, kutabahkan hatiku.
Aku akan terus hidup.
Menyinari bumi dengan cinta kasihku,
yang tidak akan berubah.....

Semoga engkau punya cukup kebahagiaan untuk membuatmu tersenyum,
cukup pencobaan untuk membuatmu kuat,
cukup penderitaan untuk tetap menjadikanmu manusiawi,
dan cukup pengharapan untuk menjadikanmu bahagia

3 comments:

Ratnasari said...

2029hs..im so sorry sayang.! kekadang aku tersasul,tanpa aku sedari melikai hati insan yg begitu menyayangi aku.
K...

Ratnasari said...

sori naik lori...mb thats what u gonna said 2 me..? apa pun i luv u so much...
k..?

Ratnasari said...

hopefully after u read this...Hujan kan turun utk menyejukan hati ...
Hujan yg turun bagaikan mutiara,,!
K..? 20.25hrs 30/August/2008