Wednesday, August 27, 2008

Hujan Diluar Hujan Didalam

Aku baru balik meredah hujan petang ini. Hari ini banyak betul dugaan untuk menyudahkan misi2 aku keluar rumah.. akhirnya petang barula aku sampai rumah. Aku sungguh letih .. letih badan letih kepala .. letih hati... tadi aku tak sedar airmata aku menitik masa aku didalam bas.. hmm aku selalu bisikkan pada diriku untuk sentiasa kuat tapi .. ntahla.. aku benci menangis .. menangis menunjukkan aku lemah ... tapi aku tak dpt nak menhalang airmata ini dari menitis .. sadis sungguh ... puas aku menahan agar ia tak jatuh ... aku turun dari bas dan meredah hujan ...

hujan .. aku suka kehadiranmu kerana .. aku ingin menangis didalam pelukanmu .. biar tiada siapa yang nampak airmata yg mengalir ini..

hujan .. tolong ubati luka dihatiku... kalau ada..bara-bara kecewa .. kau padamkanla dengan titisan lembutmu...

hujan .. tolong lindungi aku .. tolong selindungi kesedihanku ... kerana aku tak mampu menampungnya lagi ..

hujan .. basahi aku dengan rahmat yang datang bersama hadirmu ... mudah-mudahan aku tidak terasakan dugaan yang kugalas ini ..

hujan turunla selebat2nya.. aku ingin mencuci segala luka

No comments: