Friday, September 26, 2008

TIDORRRRRRRRRRRRRRRR

Aku baca blog bayne dan aku rasa nak tergelak .. meh sini aku quote kenapa.

"
Perangai aku yg terbaru ni mmg aku tak berapa suka tp nampaknya ia telah menjadi tabiat yg selesa.
mungkin sebab usia aku da meningkat.jadi perangai aku seperti org tua.
Lately,setiap kali aku masuk kereta je aku akan tertido.aku akan menguap 20 kali dulu sampai klimaks then aku akan tido.
tido tak ingat punya.sampai kena kejutkan bila dah sampai. "

KERANA:

aku sudah lama ada perangai ni.. hahahahaha.dan its getting worse . Semlm tah berapa kali aku tertido/terlayang ketika aku pergi hantar kek .. tp aku tak mau tido pasal mamat teksi kat sebelah sungguh mencurigakan . Hahaha.. dia sibuk cakap pasal kepakaran dia memasak .. dan mula bertanya kueh apa yg aku buat .. pastu dia terus cakap dia suka. Banyak kali jugak dia mention .. dan aku cuma senyum dan buat bodo. Aku x dak mood nak BAGI DIA NAME CARD aku sebab aku takut ianya disalahgunakan. Hahaha. Aku tengok gaya dia lain mcm ajek. Tak putus asa nak sampai destinasi pun dia masih mention2 dgn harapan aku kasik dia no aku.. eii tak yah laa.. menakutkan .. kakaka.. dia siap boost dia adalah pakar memasak.. sesapa saja yg makan masakan dia akan tambah banyak kali dan dia juga cerewet ttg makanan as if aku ni bakal bini dia yg perlu tau semua itu .. dan yada yada .. semuanya pakar la... huh seswatuhhhhh..

aku bercdang nak gunakan masa yg sgt terhad itu untuk belikan seswatuhh utk diri sendiri. Tapi mmg aku tak dak mood. Semuanya tak berjaya melonjakkan keghairahan aku .. tak stim langsung tengok baju2 cantik .. dan apa apalah. Lalu aku memilih utk balik saja. Dlm bas aku tertido sampai terantuk kat cermin . Hahaha.. nak nak hujan .. lagikla cerdas aku membutakan diri .. dah nak sampai destinasi pun aku masih lagi tido . Bila bas berhenti dan aku berjalan dlm hujan .. aku patutnya dah segar tapi aku masih lagik longlai tak bermaya . Aku naik lg satu bas sebab aku perlu ke chow kit dan beli sesuatu. Tapi bila naik bas , aku sambung tido... sedar2 dah sampai area rumah aku . AKu tapau lbh sikit kurang utk berbuka .. dan aku mula mendaki sampai ting 10. Sesampai jek .. aku terus mecampakkan diri aku atas katil dan tido .

Beberapa minit lg nak pukul 7.00 barulah aku terjaga . Itupun pasal dgr suara anak2 yg balik dr bbsitter. Aku dgn gaya cemas cuba mengejar Asar yg tinggal sedikit. Lepas tuh mengelabah masak nasik . Masa buka pun aku tak prepare apa apa.. minum air jek.. tak dak mood nak makan .. tapi aku makan jugaklah sesambil aku suap anak2... Faruq pulak asik menangis mengadu mulut dia sakit .. jadi aku bawak pg klinik .. rupanya tekak dia sakit. Sian .. sedih nengok dia nangis2 sambil tunjuk mulut dia . Balik dari klinik , aku ingat nak tidokan anak2 dan sambung keje2 aku. Tapi aku telah menidorkan diri aku sekali lagik ... aku pun tak paham apa benda yg penat sangat tah ...

Mmg aku sebenarnya takder mood nak buat benda lain melainkan TIDO . Aku rasa aku nak menidorkan diri aku sebab bila aku tido otak aku akan berhenti berfikir . Aku rasa mcm nak tidoooo jek selama-lamanya . Tapi tak bleh ... sebab aku baru jek berjaya closing bisnes beautiful .. kakakaakaka... cuma tinggal step yg akhir jek .. dan aku masih perlu kejor appointment2 yg aku buat disamping mengejar order2 yg aku dpt .. aku kena pergi beli stok sabun kerana ianya kalau kategori kueh raya "dah tinggal SERDAK" .. kakakaka.. tapi aku mmg takder mood melainkan rasa hendak tido dan tido ... badan aku yg cargas ni pun rasa tak berapa kuat dan selalu jek 'gigil' ... bila aku berjalan aku rasa melayang.. bila aku duduk rasa mcm terapung .. dan bila aku baring .. aku akan 'padam' dgn cepat ..

Maybe its just a phase i'm going tru. Pagi nih aku tgk hp aku blinking.. Ahhh.. sudah sampai masanya .. masa utk wish sahabat karibku...

HAPPY BESDAY LILYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.. MUAH kali 8juta . Semoga kau beroleh keberkatan dalam apa jua yg kau buat. dimurahkan rezeki selalu .. sihat sejahtera .. dan bahagia hendaknya .. ;p

Aku harus sambung kerja2 terbengkalai. Rumah ni pun dah macam kapal karam aku tengok.. ni semua hasil kreatif anak2 aku buat sepah .. kekeke.. termasuk jugaklah maknya .. sepah maknya adalah tidak membersihkan lagi loyang2 .. sudu2 .. bla bla .. penuh satu sinki. Kalau ada maid harus indon tu menangis makan hati kalau aku banyak oder camnih.. hahahaha.. harus dia rasa nak terjun jek dr ting 10 nih..

tak lama lagi nak raya .. cepatnya masa berlalu .. kenapa aku tak rasa teruja pun nak raya??? there must be something wrong with me .. mesti ada wire shot kat memana nih.. hahahahahha..

1 comment:

Unknown said...

hahahahahahahahahahahhaha... kita serupaaa... kita serupaaaa..