Thursday, September 11, 2008

Aku, K dan "Suatu Masa"

Pernah tak korang ada satu atau lebih lagu yang paling bermakna dalam hidup korang ? Adakan? Tiap kali korang dgr lagu ni korang pasti akan teringat peristiwa yg berkaitan dengannya ..

Aku, K dan Suatu Masa - Edisi Sebelom Kawen

Pernah tak masa korang bercinta .. ada lagu tema? hahahaha.. Hep! jangan gelak.. ! Masa time aku berbunga-bunga dulu.. masa tgh dilamun perasaan a.k.a syok sendiri .. aku selalu nyanyi lagu nih.. sebab aku tak tau mcmana nak cakap kat K yang aku dah jatuh chenta kat dia .. aku akan imagine aku ada kat satu stage ..

lampu digelapkan .. hanya satu cahaya yg menerangi aku .. dan aku berdiri dengan sebiji mic kat tangan .. kemudian aku menyanyikan lagu nih depan dia.. aku imagine dia tgh duduk disatu ruang memerhatikan aku .. dan aku akan menyanyikan lagu ni dengan penuh perasaan ..dan dia pun hanya duduk disitu ..cuba menghayati lagu yang aku nyanyikan .. lirik-lirik indah lagu ini kemudiannya menyentuh hati..dan meresap kedalam jiwa .. kemudian setelah lagu itu habis.. dia pun berdiri dan datang pada aku menghulurkan tangan .. dan aku pun menyambutnya .. lantas .. dia pun mengucupinya ..tirai pun dilabuhkan .... perghhh imaginasiiiiiiii!!!!!!!

tapiiiiiiiiiiiiiiii.....

yg benornya aku dok nyanyi lam bilik air masa aku nak g keje .. dalam bilik bila2 aku rasa rindu tahap lemau dan berharap agar dia telefon aku .. nak telefon malu.. hahahahaha.. masa tu dia masih abang angkat aku .. tapi dalam hati aku .. aku selalu cakap .. if only you were mine..(god.. pls make him mine.. pls send him to me.. syahduunyerrr ) i'd be the happiest girl in the planet . KO TAU TAK TU K? ..tak tau? meh sini aku bgtau hehehehe

Aku, K dan Suatu Masa - Edisi Setelah berkahwin

Ni agak sedih sikit . Kalau tak tahan hati jangan baca . Korang pun tau aku sebelum Eiliyah .. Allah kirimkan Iman Khalisya pada aku .. setelah mengalami keguguran kali pertama dulu , Tuhan saja yg tahu bertapa happy dan terubatnya sedih dihati kami setelah aku diberitakan mengandung untuk kesekian kalinya . Kali ni aku bebetul jaga kandungan aku malah siap berhenti tetap dan ambil part time keying data entry untuk pastikan aku tak buat keje2 berat yang boleh mengugat kandungan aku . Bila usia kandungan ku dah nak masuk 7 bulan, kami decide nak pindah ke rumah mak di selayang kerana mak ayah aku cakap .. buat apala aku sewa rumah org sedangkan rumah sendiri ada. Aku dan K menerimanya dengan hati gembira. Kami pun berpindah rumah .. pindah rumah mmg agak penat .. K lah yang paling penat sebab semua keje2 berat dia lakukan sorang diri . Dari angkat barang turun barang susun barang .. cuma bila malam dah larut .. nak alihkan kerusi rotan dalam rumah tu dia dah bebetul pewai tak larat .. jadi aku pun tolong dia .. mmg kerusi tu agak berat tapi aku pk .. angkat berdua .. insya Allah tak jadi apa. Malam tu aku bleeding.. bukan darah coklat tapi darah merah dan besoknya bergegas ke klinik . Bila doc cek .. dia cakap ..
" Ya Allah norbaya .. kandungan awak nak gugur dah nih.. " . Masa tu aku rasa mcm halilintar membelah bumi .. aku rasa seluruh duniaku tenggelam dan menghempap aku .. sedih? kecewa? terkilan? marah dengan diri sendiri? semua ada.. tapi masih ada harapan kata doc .. dengan syarat aku kena bed rest. Doc pun terangkan .. yg aku hanya boleh pergi toilet dan solat saja . Selebihnya aku kena berbaring.. K pegang tangan aku .. peluk dan cium aku .. dia pesan aku kuat dan dia percaya aku mampu lakukan semua ini.. masa tu tah berapa banyak airmata aku yg keluar .. aku rasa hopeless sesangatt..

aku kena duduk dlm wad.. setiap hari aku berdoa semoga Allah selamatkan puteriku. Iman ( kami namakannya .. Iman .. kepercayaan.. percaya pada kebesaran Allah .. percaya kami boleh lakukannya .. percaya kami boleh selamatkan puteri kami) memang sangat aktif . Kdg2 ketika aku tengah tidur , aku akan terasa pergerakkan dia yg sangat kuat .. aku pun akan usap perut ..dan tanya .. Imannn kenapa ni sayang ..? dia akan menendang2 perutku .. dan tak lama lepas tu K pun sampai. Maha Suci Allah .. dia dapat rasakan kedatangan babahnya walaupun masih jauh. Dan K akan selalu usap2 perut aku.. main2 dengan iman .. mana saja K suruh tendang .. dia akan tendang .. kdg2 dia akan berpusing2 ikut gerak jari K.. dan bila K cium perut aku .. dia akan menendang tempat itu.. that very spot!.. bila K nak balik .. K akan pesan pada Iman utk jaga diri baik2.. " tak lama lagi dah .. kita akan berjumpa .. babah tak sabar nak pegang, nak cium Iman .. nak tidur dgn Iman.. nak jaga Iman .. dan dia akan menendang2 perutku. Iman jaga ibu baik2 .. jgn nakal2.. dia akan menendang lagi. Selepas tu dia akan duduk diam2 .. seolah2 tidur dan tidak menganggu aku. Sepanjang diwad .. Iman mmg nakal .. ada nurse2 yang dia tak suka . Bila cek heartbeat mesti tak dpt.. tapi ada sorang nurse ni yg dia suka sangat.. jumpa jek heartbeat .. tak yah bersusah payah nak tekan sana sini.. dan dia akan tendang2 perut aku .. aku tanya .. Iman suka ke kakak tu ..? dia menendang lagik .. ( sampai sekarang aku tak boleh tengok muka BALKISH .. nama nurse tu .. aku akan teringat Iman) begitulah dia dengan babahnya dari sejak aku mula aku mengandung .. sangat rapat.

Satu hari Jumaat 23/01/04- Aku ingat lagi selepas bersolat aku kembali berbaring. Masa itu adalah minggu kedua aku diwad .. tak lama lagi .. cukup 30minggu dah selamat utk dilahirkan menurut pandangan doc pakar . Hari itu Lily datang melawat aku . Sedang kami berborak2 .. tiba2 aku terasa nak kencing sangat .. belum sempat sampai ke toilet semuanya keluar .. rupanya bukan kencing tetapi air ketubanku telah pecah . Darah membanjiri toilet .. aku panik dan menjerit memanggil Lily .. Lily pun cemas panggey nurse.. Aku dikejarkan ke labor room dan Dr Daud attend aku . Masa tu aku mmg sudah tak malu utk menangis .. mengogoi mcm budak kecik .. merayu2 .. Tolong selamatkan anak saya .. tolongla doc selamatkan anak saya .. Lily tolong suruh K datang .. Ya Allah tolonglah selamatkan anak saya ... aku meracau2 .. lily, nurse dan doc berusaha menenangkan aku .. bila aku dah tenang .. Doc menerangkan pada aku air ketuban telah habis keluar .. chances utk Iman selamat adalah tipis sebab takde oksigen .. Aku pandang sayu Iman didlm scanner yang bergerak2 tak keruan .. Alangkah .. aku masih ingat susuk tubuh itu berpusing kekiri dan kanan .. menendang2.. Doc cakap lagi Iman terlalu kecil .. kalau kita kluarkan dia .. dia akan all wired up.. kemungkinan dia akan dapat brain damage.. cacat .. dan mcm2 lagi .. yang aku tak sanggup nak dengar.. dan yang paling aku tak mampu ialah .. " redakan la dia " .. oh tuhan .. aku terasa nak baling doc tu masa tu jugak.

Bila K sampai aku jadi tak keruan balik .. aku kembali menangis .. aku peluk K .. cengkam badan dia kuat2 .. dia peluk aku dan suruh aku bertenang .. terlalu penat aku tertido. Bila aku sedar K sedang memegang tangan aku .. tidur duduk di kerusi .. sambil menunduk .. bila aku bergerak dia tersedar . Malam itu kami menangis .. berdoa dan menangis .. berpelukan dan berharap akan ada harapan utk kami .. Iman bergerak sangat aktif.. mungkin dia kelemasan .. aku tidak tahu .. mungkin dia mahu menghabiskan masa2 terakhir dengan kami .. aku tidak tahu ,, K terus2 mengusap perutku .. bercakap2 dengan Iman ..membisikkan semangat pada Iman utk tabah .. we'll go tru this together .

Esoknya doc scan .. Iman masih hidup .. dan doc akan bg ubat utk bagi aku bersalin. Hatiku berbunga harapan .. dalam hati aku tak putus berdoa semoga Allah panjangkan nyawa anakku .. sepanjang dilabor room , Iman tetap cergas bergerak.. dan aku semakin tidak sabar utk melihat dia keluar . Mak dan K berganti2 menemani aku .. Bila menjelang maghrib .. pergerakan Iman semakin lemah .. masa tu baru doc bertugas cepatkan drip untuk cepatkan bersalin ( aku masih kecewa dengan tindakan doc ini .. kenapa setelah sekian lama baru nak bertindak ) .. akhirnya resa sakit nak bersalin pun dtg .. tak susah melahirkan Iman .. aku tak terasa sakitnya .. tapi ... tapi .. tiada tangisan yang kudengar .. hanya sekujur tubuh kecik yang ku tatap .. tangannya biru terjulang keatas seolah meminta pertolongan ..aku tatap wajah itu .. aku mintak doc berikan dia padaku .. aku usap .. dan aku belai .. walau tiada ombak didadanya .. tidak terbuka matanya .. tiada nafas dihidungnya .. aku kucup Iman dan aku peluk erat .. Ketika itu K telah berlari keluar . Doc memberi isyarat pada nurse utk mengambil Iman . Aku yg masih terlalu lemah terpaksa membiarkan saja Iman dibawa pergi . . Doc menyuruh aku beristighfar ..bersabar .. Tahun depan cuba lagi ... dan tah apa apa yg dia pesan aku tidak dengar lagi .. yg aku dengar hanya sunyi dan sepi .. Imanku ... diam .. doc kemudiannya menyuntik sejenis ubat . Ketika ini aku sudah dalam keadaan sedar dan tidak . K kembali kebilik dan menangis disisiku . Aku peluk K dan suruh dia bersabar . Aku terlalu tenang ketika itu .. Aku terus mengusap K .. dia menangis dalam pelukanku .. dan mak pun dtg sama sama menangis . Aku cuba menenangkan kedua insan yang aku sayang . Kemudian aku mintak supaya Iman diberikan padaku. Nurse pun datang membawa Iman yang sudah siap dibersihkan .. Maha Suci Allah .. alangkah cantiknya puteriku ... putih kemerah2an kulitnya, rambutnya lebat .. lembut dan lurus..keningnya juga begitu .. matanya bulat walau aku hanya melihat sepasang mata yg tertutup.. hidungnya mancung .. bibirnya nipis seperti K .. aku membelai tiap inci tubuh Iman .. sempurna .. segalanya terlalu sempurna .. jari2nya runcing dan indah .. aku cium dan cium tiap inci tubuhnya .. aku peluk dan belai .. nurse2 semua tak berani nak dekat .. semuanya mengalirkan airmata .. apatah lagi aku dan K. Kemudian mereka meminta iman untuk disempurnakan .. ketika ini aku tak sudah tak berapa sedar keadaan sekelilingku . Yang ada hanya senyap dan sunyi .. sunyi yg terlalu ... walaupun ketika itu nurse memindahkan aku ke wad.. K mengangkat aku kekatil .. memakaikan aku stokin .. mengikat rambutku .. dan tak putus mencium aku .. aku tak sedar semua itu .. aku juga tak sedar .. K menyuapkan sup panas kemulutku .. menyuapkan aku nasi .. segala yg aku lakukan aku tidak sedar lagi .. Alam begitu sunyi dan kosong .. kemudian K selimutkan aku .. Mak mencium aku dan menyuruh aku bersabar .. K memelukku .. dan kemudian mereka pergi .. aku pejamkan mata dan tak ingat apa apa lagi .

Bila aku bangun , keadaan wad gelap dan sunyi . Aku tak tau pukul berapa . Aku cuma ternampak nurse Musliha sedang mengintai aku dilangsir sambil menitiskan airmata. Dia kemudian dtg kepadaku dan bertanya kalau aku perlukan apa apa. Aku hanya mengeleng . Aku usap perutku yang sudah leper. Mana Iman ? Ketika itu baru aku tersedar .. baru aku menyedari ... aku sudah kehilangan Iman . Iman sudah pergi meninggalkan aku ibunya .. Iman pergi meninggalkam ibu yang mengandungkannya selama 7 bulan .. pergi meninggalkan babah .. tiada lagi kawan bermain .. tiada lagi tendangan2 yang menghiburkan hati aku .. tiada lagi harapan utk melihat Iman memakai baju2 bayi yang aku beli .. aku telah kehilangan .. Tuhannnn.. aku menangis sepanjang malam .. aku pekapkan wajahku dengan bantal supaya tiada siapa yang mendengar tangisanku .. aku menangis dan menangis hingga aku tidak sedar apa lagi .

Esok paginya .. bila aku buka mata .. segalanya masih seperti biasa. Nurse2 masih sibuk dengan tugas masing2.. pesakit lain semua begitu .. cuma aku .. aku yg tidak lagi biasa .. aku sudah kehilangan dan merasa sangat kosong . K datang bersama abang aku . Bila abang aku dekat .. aku peluk dia dan kembali mengogoi mcm budak kecik. Mmg aku rapat dgn abang dr kecik .. dia tempat aku mengadu segalanya.. aku menangis mencengkam badan abang aku . Dia pun berair mata tapi dia cuba sabarkan aku .. kemudian .. K datang membawa Iman yg sudah siap dikapankan. Dia memberikan Iman padaku . Aku kucup2 .. dan peluk dengan penuh kesedihan .. kenapa kita terpisah Iman ?? pesakit dikatil lain mula senyap dan tak berkutik . Semuanya memerhatikan aku dan mengalih muka.. semuanya mengalir airmata . Aku pandang K .. K senyum walau matanya bergenang dan menyuruh aku kuat .. aku peluk lg Iman .. aku tak mahu berpisah . Tapi K ingatkan aku .. kita kena redha kalau kita sayang anak kita . Biar kita sempurnakan jenazahnya tanda kasih kita . Dengan lemah aku melepaskan Iman pergi . Selepas itu aku berpantang dengan hari2 yang kosong .. setiap hari aku akan menulis tentang Iman .. kdg2 aku lukis wajahnya .. kdg2 aku menulis puisi dan aku tulis lagu ini kembali utk menyatakan kerinduanku .. aku menyanyikannya dihari2 sepiku .. K hanya diam dan mendengar .. tiada senyum .. hanya airmata yang mengalir . Bila aku diam .. dia akan menyanyikan lagu ini dengan airmata yg bergenang ..

K cerita pada aku , ketika dia meletakkan Iman diliang lahat .. dia bersumpah dia nampak Iman tersenyum pada dia .. kemudian dia menangis mengogoi membuatkan abang aku terpaksa tarik dia keluar .. dia beristighfar dan cuba menenangkan hati ...

the rest is history .

cuba perhatikan bait2 kata lagu ini .


Bagaimana kan kumula dan apakah kata-kata
yang indah untuk diabadikan?
Tiap wajah berkisar tiap madah bererti,
manakah ilhamku?

Cahaya di matamu, senyum dibibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan.
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan.
Di saat begini aku merindukan.

Berpucuk-pucuk surat terbiar di depanku
tak dapat kuutuskan.
Kuramas semua dan kubuangkan jauh dari pandangan.

Lalu aku kesal kukumpul semula,
tak dapat kunyatakan apa yang kurasa.
Andai engkau tahu gelora hatiku,
mungkinkah kau sahut jeritan batinku.

Dengarkanlah panggilanku.
Dengarkanlah lagu untukmu.
Oh angin lalu, kau sampaikan
rasa rindu yang membara kepadanya.

Warna-warna cintaku
kian pudar bersama malam yang gelap gelita.
Entahkan kau rasakan apa yang kurasa
atau kau tak endah.

Tapi ku percaya semua telah tertulis
dan niat suciku takkan dipersiakan.
Dan di suatu masa di hari yang indah
kuhulur tanganku lalu kau terima.


Yup disuatu masa yg indah itu .. Allah akan pertemukan kami dengan puteri kami Iman . Aku harap dia akan memegang tangan ku.. dan aku harap dapat memeluknya erattt.. aku sungguh rindu pada Iman .. sungguh .. K pun begitu .. walau kami telah punya kakak dan adik .. Iman tetap Iman ...

Dibatu nesan itu kami tuliskan .. Puteri Kami Iman Khalisya ( kepercayaan yang suci murni) 24/01/04-24/01/04.

Allah Maha Agung lagi Maha Penyayang .. pada tarikh keramat itu sekali lagi Allah kurniakan kami seorang puteri .. Eiliyah Batrisyia .. lahir pada 24/01/05.
Syukur Ya Allah ..

Tiap tahun kami akan sambut harilahir dan hari pergi kedua2 puteri kami .. pada hari yang sama . Kami menangis kerana rindu pada Iman .. dlm masa sama gembira kerana Eiliyah membesar sihat dan bertambah umur ..

Ya Allah .. kami merancang , Kau juga merancang .. tetapi perancanganMU lah yang terbaik untuk kami .

Semoga aku dan K tabah . Aku tau kau pasti akan menangis membaca ini K .. maafkan aku .. entah kenapa tiba2 kesunyian ini mengigatkan aku pada Iman.

Puisi Untuk Puteriku Iman Khalisya .

Puteriku Iman Khalisya
maafkan ibu dan babah
walau cuba menjadi tabah
tetap jua rebah
diduga pemergianmu

maafkan ibu dan babah
tak mampu mengepung airmata
tiap kali kerinduan ini menjelma
tak mampu menahan keharuan
tak mampu menahan kepedihan

maafkan ibu dan babah sayang
kerana kasih ini terlalu buatmu
sering membuat jiwa tersungkur
dibadai kerinduan padamu

bersemadilah bidadari syurga
sesungguhnya biar sementara
kau tetap hadiah terindah
kurniaan Allah buat kami .

*********

Puteriku Khalisya ,...

sampai bertemu..
ibu simpan segala kerinduan
biar isinya sudah tidak tertampung
oleh hati yang kecil ini

sehingga hari yang indah itu sayang
babah tetap setia mengabung bunga2 kasih
gubahan jiwa yang terindah
buat puteri tersayang

hingga tiba waktu itu
ketahuilah !!
dua insan ini ..
akan setia menanti
untuk kita bersatu lagi ..

P/S : saat aku menaip, lagu ini terus aku mainkan .. aku tak tahu entah berapa banyak airmata yg mengalir untuk menyudahkan coretan ini . Hanya secebis dari pengalaman untuk dikongsi .. mudah2an .. kita akan lebih menghargai .. anak anak .. amanah dari Allah .

dan rasa terima kasih tak terhingga pada dua sahabatku . terima kasih kittie dan lily kerana selalu melawat, memberikan aku semangat, buku2 utk dibaca, membelikan apa apa saja yg aku mengidamkan .. muah

dan lily .. terima kasih .. kerana mengenggam tangan aku ketika aku merasakan dunia ini bergoncang . terima kasih kerana memeluk aku yg kelemahan .. terima kasih kerana menenangkan dan menemankan aku dilabor room sehingga K tiba .

budi baik kalian tak daya kami balas melainkan Allah .
terima kasih kerana sudi menjadi mama dan mummy pada anak2 kami. kami selalu berdoa semoga kalian juga dikurniakan cahayamata . Lily dah dapat .. syukur .. Kittie .. aku masih panjangkan doa aku untuk ko.

4 comments:

maktam_girl said...

anith,

meruntun2 ati aku mmebaca n3 ko kali nih... syahdu syahdan! sebak sampai tekak!
tabahlah sahabatku! iman tetap mendoakan kedua ibu dan abahnya sentiasa, insya allah!

Ratnasari said...

terima kasih maktam. aku pun dah bengkak2 bijik mata nih .. rindu sangattt kat Iman

Unknown said...

Nith.. entry ni mmg bebetul buat aku sedih... menangis smpi sedu sedan... habis sumer airmata, air hidung aku kuar.... habis terbengkalai agenda memasak aku petang ni... Aku mmg masih ingat lagi kisah ni... bila aku baca, aku masih boleh bayangkan situasi masa ketika tu... jelas..

Tapi Nith, aku mmg kagum, kagum kerana kau mmg seorang yg kuat dan tabah dengan segala dugaan kau hadapi...

Ratnasari said...

kittie sahabatku .. aku selalu wendu kat ko .. terima kasih kerana sentiasa ada masa utk aku .. sentiasa sudi jadi shoulder to cry on .. sahabat mcm ko paling susah nak cari .. tapi aku bertemu dgn ko dan aku bersyukur sesangat .. muah2 .. i lap u