Saturday, September 13, 2008

Soalan dan Jawapan

Manja

aku suka memujuk anak aku dengan perkataan manja ibu .. esp dgn faruq zakwan. sebab kalau dia merajuk mesti tercebik2 mulut dan terlentok2.. silap2 dia akan tergolek kat lantai menekup muka dan melalak .. comey jerk .

satu hari kakak cakap pada aku .. " tak nak kawan ibu , bukan manja ibu pun ".. gaya org merajuk.

aku pandang kakak dgn muka blur dan bersalah .. oh aku tak penah @ jarang pujuk dia dgn perkataan manja .. tetapi tembam .. kekeke.. tembam ibu ..

semlm dia bertanya pada aku .. "ibu, kakak manja ibu tak ?"

"manjaaaaaa" .. wajahnya bangga saja . Dia tersenyum lalu menghadiahkan aku ciuman.

"ibu, adik manja ibu tak ?" ... dia bertanya dengan muka curious. Adik pun memandang wajahku seolah tak sabar menanti jawapan .

"manjaaaaaa" jawabku sambil senyum. Keduanya tersenyum bangga. Aku senyum kembali dan mencium keduanya.

"ibu, babah manja ibu tak? " .. aku terus ketawa dengan soalan ini.. aku memerhatikan wajah-wajah kecil itu .. terkedip2 mata seolah berfikir kenapa ibu ketawa.. silap soalankah??

"manjaaaaa" . dia diam dan berpuas hati. senyum menggulum .

Tapi ibu manja siapa? , soalku dalam hati..

'sigh'

Jawapan yang aku tunggu.

Sesiapa yang biasa order kek dengan aku pasti tahu tabiatku yg satu ini. Aku suka tanya balik .. " salam. dah makan kek? mcmana? ok tak? " @.. "macamana dengan kek haritu?" @ atau soalan yang berbaur supaya kek aku dikomen .. hatta cust tu dah berkali menempah.. dan jawapan yang selalu aku terima .

sedap. lenkali nak oder lagi

rat, kau patut bukak bakery. sedap kek

ct, your cake is excellent.. will order again nxt time

dan semua jawapan yg mcm tuh akan buat aku bersemangat, hati berbunga2..

tapi TOLONG jangan jawab begini

ok.

ok? ok means? tak sedap? tak berapa sedap? atau bolehlaaa.. @ ok ok laa..

jawapan itu akan mengecewakan aku . jadi next time aku tanya sila jawab dengan tepat.
sedap? x sedap? terlalu dry? topping tak cukup? hiasan tak menarik? atau jawapan2 seperti diatas . Jadi tolong jangan jawab dengan perkataan OK? ok? sila cuba jawab soalan itu kembali. hehehehehe



No comments: