Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Aku mintak maafla kalau aku spoilkan mood korang sahabat2ku untuk beraya . Kakaka. eleh aku tau korang semua pasti ternanti2 saat gembira itu dan takkan ada kesan punyala dgn apa yg aku tulis.. sebab hari raya adalah hari merayakan kemenangan .. hari bermaaf-maafan .. sesama manusia .. hari berkumpul sesama keluarga .. ziarah menziarahi .. jumpa kwn2 sedara mara yg bertahun2 tak jumpa .. sesambil makan mcm tak hengat .. dan testing sumer kueh2 raya .. mesti best kan ..

Tapi aku mmg takder mood nak raya . Jadi aku akan ikut jekla mana org nak bawak aku . Kehulu ke kehilir ke .. ikut sajala . Persiapan raya untuk aku mmg aku takder hajat nak beli .. baju2 keje aku dulu melambak lagik lam lemari .. aku pakai jek la . Selalu pun aku kuar rumah pakai t-shirt ngan jeans jek .. jadik sapa pun takkan perasan punyala baju aku tuh baju keje aku dulu . kakakaa.. bukan takder fulus .. ada .. cuma takder mood nak mencari mahupun membeli . Tapi hari nih aku kena pastikan aku beli baju anak2. Ramai sangat dah belikan tapi bahagian aku lom lagik.. nanti lepas aku anto cookies nih aku ingat aku nak g carikla baju anak2.Malam nanti aku dah bz buat kek untuk tempahan esok.

Tiap2 tahun aku mesti ada lagu tema hari raya . Biasala aku kan suka melalak2 lagu raya. Tapi tahun ni mmg aku tak dgr lagu raya kecuali kalau aku terlalu kat tempat yg pasang lagu raya . Aku tak dak blacklist lagu memana tau .. cam si pinat .. kekekeke.. sebab aku bukan di perantauan .. aku just takder mood nak raya .. hehehe.. i dont have any thing to celebrate except mintak hampun maaf pada mak dan ayah aku dan tah sesapala yg aku bakal terjumpa raya nanti

Kepada semua kawan2 aku dan sesapala yg baca blog nih ..

Aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. dan aku mohon maaf jika ada sebarang kelakuan , percakapan yang menyinggung hati sesapa dengan dan tanpa aku sedari. Aku harap korang enjoy raya ni melawat sanak saudara dan rakan taulan . Pada yg balik kampung , berhati2 memandu .. mudah2an selamat pergi dan balik . Have a great holiday.

Pada red , jgn lupa promote sabun .. kakakakaka

tetiba aku rasa sedih plak .. kakakakakaka..

TIDORRRRRRRRRRRRRRRR

Aku baca blog bayne dan aku rasa nak tergelak .. meh sini aku quote kenapa.

"
Perangai aku yg terbaru ni mmg aku tak berapa suka tp nampaknya ia telah menjadi tabiat yg selesa.
mungkin sebab usia aku da meningkat.jadi perangai aku seperti org tua.
Lately,setiap kali aku masuk kereta je aku akan tertido.aku akan menguap 20 kali dulu sampai klimaks then aku akan tido.
tido tak ingat punya.sampai kena kejutkan bila dah sampai. "

KERANA:

aku sudah lama ada perangai ni.. hahahahaha.dan its getting worse . Semlm tah berapa kali aku tertido/terlayang ketika aku pergi hantar kek .. tp aku tak mau tido pasal mamat teksi kat sebelah sungguh mencurigakan . Hahaha.. dia sibuk cakap pasal kepakaran dia memasak .. dan mula bertanya kueh apa yg aku buat .. pastu dia terus cakap dia suka. Banyak kali jugak dia mention .. dan aku cuma senyum dan buat bodo. Aku x dak mood nak BAGI DIA NAME CARD aku sebab aku takut ianya disalahgunakan. Hahaha. Aku tengok gaya dia lain mcm ajek. Tak putus asa nak sampai destinasi pun dia masih mention2 dgn harapan aku kasik dia no aku.. eii tak yah laa.. menakutkan .. kakaka.. dia siap boost dia adalah pakar memasak.. sesapa saja yg makan masakan dia akan tambah banyak kali dan dia juga cerewet ttg makanan as if aku ni bakal bini dia yg perlu tau semua itu .. dan yada yada .. semuanya pakar la... huh seswatuhhhhh..

aku bercdang nak gunakan masa yg sgt terhad itu untuk belikan seswatuhh utk diri sendiri. Tapi mmg aku tak dak mood. Semuanya tak berjaya melonjakkan keghairahan aku .. tak stim langsung tengok baju2 cantik .. dan apa apalah. Lalu aku memilih utk balik saja. Dlm bas aku tertido sampai terantuk kat cermin . Hahaha.. nak nak hujan .. lagikla cerdas aku membutakan diri .. dah nak sampai destinasi pun aku masih lagi tido . Bila bas berhenti dan aku berjalan dlm hujan .. aku patutnya dah segar tapi aku masih lagik longlai tak bermaya . Aku naik lg satu bas sebab aku perlu ke chow kit dan beli sesuatu. Tapi bila naik bas , aku sambung tido... sedar2 dah sampai area rumah aku . AKu tapau lbh sikit kurang utk berbuka .. dan aku mula mendaki sampai ting 10. Sesampai jek .. aku terus mecampakkan diri aku atas katil dan tido .

Beberapa minit lg nak pukul 7.00 barulah aku terjaga . Itupun pasal dgr suara anak2 yg balik dr bbsitter. Aku dgn gaya cemas cuba mengejar Asar yg tinggal sedikit. Lepas tuh mengelabah masak nasik . Masa buka pun aku tak prepare apa apa.. minum air jek.. tak dak mood nak makan .. tapi aku makan jugaklah sesambil aku suap anak2... Faruq pulak asik menangis mengadu mulut dia sakit .. jadi aku bawak pg klinik .. rupanya tekak dia sakit. Sian .. sedih nengok dia nangis2 sambil tunjuk mulut dia . Balik dari klinik , aku ingat nak tidokan anak2 dan sambung keje2 aku. Tapi aku telah menidorkan diri aku sekali lagik ... aku pun tak paham apa benda yg penat sangat tah ...

Mmg aku sebenarnya takder mood nak buat benda lain melainkan TIDO . Aku rasa aku nak menidorkan diri aku sebab bila aku tido otak aku akan berhenti berfikir . Aku rasa mcm nak tidoooo jek selama-lamanya . Tapi tak bleh ... sebab aku baru jek berjaya closing bisnes beautiful .. kakakaakaka... cuma tinggal step yg akhir jek .. dan aku masih perlu kejor appointment2 yg aku buat disamping mengejar order2 yg aku dpt .. aku kena pergi beli stok sabun kerana ianya kalau kategori kueh raya "dah tinggal SERDAK" .. kakakaka.. tapi aku mmg takder mood melainkan rasa hendak tido dan tido ... badan aku yg cargas ni pun rasa tak berapa kuat dan selalu jek 'gigil' ... bila aku berjalan aku rasa melayang.. bila aku duduk rasa mcm terapung .. dan bila aku baring .. aku akan 'padam' dgn cepat ..

Maybe its just a phase i'm going tru. Pagi nih aku tgk hp aku blinking.. Ahhh.. sudah sampai masanya .. masa utk wish sahabat karibku...

HAPPY BESDAY LILYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.. MUAH kali 8juta . Semoga kau beroleh keberkatan dalam apa jua yg kau buat. dimurahkan rezeki selalu .. sihat sejahtera .. dan bahagia hendaknya .. ;p

Aku harus sambung kerja2 terbengkalai. Rumah ni pun dah macam kapal karam aku tengok.. ni semua hasil kreatif anak2 aku buat sepah .. kekeke.. termasuk jugaklah maknya .. sepah maknya adalah tidak membersihkan lagi loyang2 .. sudu2 .. bla bla .. penuh satu sinki. Kalau ada maid harus indon tu menangis makan hati kalau aku banyak oder camnih.. hahahaha.. harus dia rasa nak terjun jek dr ting 10 nih..

tak lama lagi nak raya .. cepatnya masa berlalu .. kenapa aku tak rasa teruja pun nak raya??? there must be something wrong with me .. mesti ada wire shot kat memana nih.. hahahahahha..

Wednesday, September 24, 2008

Ha Ha Ha

Aku mmg nak taji diri sendirik. Semlm aku sebenornya nak tidokan si Kakak lepas tu nak buat cookies. Dah pukul 1 lebih tapi dia sibuk dok layan citer ultraman.. akhirnya.. Ibu dia yg melelapkan mata dulu .. hahaha mmg penat la sesangattt.. bangun jek 4.30.. lagik sekali??? hahahaha.. tak senonoh tul la. Komitmen Bakyah .. komitmen... aku bangun sidai kain kejut mak ayah sahur.. sahur ngan drg .. tapi aku mmg tak lalu makan ... cam masa kekecik dulu mak aku membebel.. suh aku makan .. makan makan.. makan.. iyorlaaaaarghhhhh.. kekekeke. Hati seorang Ibu .. mmg tak penah reti nak berhenti membebelkan anak2 .. kekeke .. Kata org .. kalau jiwa kita tak tenang .. pandangla wajah kedua org tua kita .. InsyaAllah kita akan lebih kuat .. lebih tenang .. dalam pada mak aku membebel2 tuh aku pandang wajah kedua org tuaku yg dimamah usia .. Ya Allah .. terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan pada mereka .. namun mereka masih sudi menyayangi aku (unconditional love) .. izinkanlah aku Ya Allah membahagiakan mereka .. berikanla aku kesempatan untuk menebus segala kesilapan lalu .. izinkanlah aku merawat hati hati yg telah aku lukakan ..

Semlm adik cakap nak dtg umah. Aku kata ok.. jgn lupa bawak katalog Beautiful .. hahaha.. tgh kitaorg diskus .. anak buah aku Ayu dtg dgn tunang dia .. ha dah bagus sangatlah tu .. dia dtg nak passing dodol kat aku .. yg kelakor (ceh kelakor!) .. dia pandang aku .. "eh eh.. ni maksu ker?".. aku pun jawab dgn spastiknya .. "ha apa tak percaya???" Tunang dia pun cakap .. betul la maksu cam tak percaya lak nengok maksu nih ... dah kurus.. kurus ka? hahahaha.. meh sini tgk apa aku pakai .. hahahahaa aku pun citerla kat dia kebaikan Beautiful . Mmg kalau pakai time buat keje langsung tak penat dan bila tido .. mmg lena sesangat . Bagusla utk aku yg selalu tak leh tido nih. Aku pun share dgn dia info pasal kebaikan memakai Beautiful .. bare in mind ni bukan utk cantik sebab Beautiful boleh menjaga kesihatan badan kita .. ewah kak kiah dah start promoting Beautiful .. bila u pakai u will feel the different.. i tell u this no lie lie one.. gelak anak buah aku. Aku bagi dia try pakai bengkung .. dia cakap Haah la maksu mmg sedap pakai .. aku cakap mmg sesuai kalau ko jenis keje kena berdiri lama, selalu sakit pinggang .. lelaki pun bleh pakai .. dia meningkatkan stamina .. jaga posture badan kita .. mmg tak sakit2 dah .. aku pun dah lama tak g urut .. tak yah nak sengkak mengkak dah .. alhamdulillah ..bila sakit pakai jek bengkung .. naik tangga bawak brg berat pun tak terasa sangat sesakit badan .. tadi masa aku balik, bdan Faruq tgh panas .. aku pun cecepat bukak bengkung balut bdn dia .. alhamdulillah cepat suhu badan dia turun sebab FIR yg ada pada bengkung tu.. terus melompat anak ibu bagai johan .. kekeke.. sakit kat mana2 just balut jek bengkung tu.. insya Allah cepat elok.. sakit kat kaki balut kat kaki, sakit pinggang balut jek kat pinggang.. mana2 sakit just balut..selain dari menguatkan rahim, mengemaskan perut.. stretch mark pun makin pudar .. ni betul tau .. takkan aku nak taruk gambo perut aku lakkan? hahahaha harus kecoh satu blog..Masalah keputihan bukan issue lagik dah .. semua kasih perabih keluar. Selain dari itu dia boleh mengelakkan risiko kanser payudara dan cervix.. baju body fit yg aku beli beberapa bulan lepas .. aku dah leh pakai dgn gayanya.. hehehe.. seronottt... takder dah mcm buah nangka terbuang.. kekeke.. aqaq suker... seriously mmg value for money sebab warranty sepanjang hayat .. selesa sangat .. tak panas .. duk dlm aircond tak yah dah pakai sweater.. dia mengimbangkan suhu badan kita.. SUPERBRAND .. bukan calang2 produk leh dpt superbrand ni .. apa lah sangat rm2400 dibanding dgn khasiat yg ia berikan sepanjang hayat. Jangan ko dah sakit baru nak pakai .. takde maknanya .. kekekek.. (bak kata Adik masa aku reluctant nak pakai dulu ) So pada yg teruja .. jgn tunggu lama2 .. nanti lama2.. hehehe..kalu rasa mahal sesangat .. just imagine what the product can benefit u .. and talk to us.. we have installment .. kalau nak beli dgn harga ahli lagiklaaa bagus. Jauh lebih murah. Once u pakai you and other people will notice the different.. mesti org tegur punyala.. heheheehe .. pengalaman aku la kan .. benda baik apa salahnya share?? tak rugi apa pun .. mudah2an memberi ilmu yg bermanfaat pada semua.

Bila dia tegur muka aku.. hahahaha keluar citer sabun MIOR lagik.. tak yah citer banyakla kan .. dah banyak kali aku mention lam blog nih.. kalau nak tahu lagi just lawat kedai eetee.. leh tengok perubahan dia .. kata anak buah aku .. wah maksu jual bebenda mahal jek sekarang.. aku gelak .. wei.. benda mahal hasil nampak takper.. jgn benda mahal langsung takder hasil ..

Aku sempat share dgn diorang sementelah (curik kata2 Gee) .. dorang nak kawen tak lama lagik.. so this is the time utk buat duit .. muda2 ni keje keras .. Maksu dulu tak expose pada bebenda ni so .. lewat baru nak start.. tapi its very good income .. kerjanya pun tak pelik2 dan merepek ..dan tak tipu org. We will guide you so that you will get what we get.. sampai bila nak bergantung pada gaji yang statik .. dan kita semua tahu Rasullallah pun berniaga kan? Daripada korang melahu tak tentu pasal tu baik buat bisnes. Ko tak nak ada rumah besar lengkap semua, kereta besar .. anak2 pun senang .. Insya Allah kalau ko berjaya org keliling pun dapat tempiasnya .. ibu ayah pun senang .. adik2 pun senang .. Ko tak nak? balik kampung bawak kereta besar menjalarrrrrr jek... nanti org cakap "anak sapa tu" ? Anak Lokman .. cucu Pak Din yang ada kedai kat Puduraya tuh .. dah berjaya hidup dah sekarang .. Bakar Bakar .. Aku tengok muka derang berdua semangat jek .. Aku cakap dgn dorang lagik ko tak terbakar ke tgk kakak ni (Adik - kawan aku) ni nak keluar Mercedes dah raya nih.. sedangkan dia buat bisnes ni baru setahun.. giler terbakar aku ... aku pun nakkkkkkkkkkkk.. so aku keje bagai nak rak utk dptkan apa yg dia dpt .. kalau aku rasa jiwa aku kacau jek .. aku just imagine .. aku bawak Eiliyah dan Faruq ronda2 naik CRV .. hahahaha .. tiap kali kitaorg on the road .. Adik selalu bakar aku .. ha tgk2 CRV baru .. hehehehe aku pun terus naik semangat .. takper susah sekejap kalau hasil yang bakal dinikmati tu ... perghhh .. aku harap aku takkan lemah semangat dan terus kerja keras .. aku nak kotakan janji aku pada mak .. "kalau adik besar nanti , adik dah kaya .. bawak mak ronda memana jek mak nak naik kereta besar .. " hehehehe mak aku lah nih citer .. terbakar lagik aku ... dan kalau dimurahkan rezeki ( Ya Allah .. murahkan rezeki aku ...) aku nak hantar mak ayah mengerjakan haji .. dan mungkin aku pun nak pergi sama sekali .. ( amin amin amin Ya Allah .. pilihla aku menjadi tetamu Mu ..).. kalau boleh aku takmo dah tgk mak ayah berniaga di kedai .. biarla mereka berehat .. menghabiskan sisa2 hayat yang ada dgn ketenangan .. tak yah pikir itu ini .. Ha .. dream big Bakyah!!!! there is nothing imposibble in this world .. as long as ko keje keras .. sabar.. tekun .. insya Allah .. giler semangat pagi2 nih .. kata Adik .. lang .. minda separa sedar ko sedang guide ko utk dpt apa yg ko nak .. itu pasal la ko tgh giler2 semangat .. hehehe.. welcome back Sis! This is the Sis yang I kenal masa sekolah2 dulu .. who always dream big .. full of spirit .. and who always motivate us in her own ways .. Ini lah Sis aku yg giler .. telah kembali .. aku gelak ngan statement dia .. Giler ke aku nih?
Ya aku memang tgh giler sekarang ... hahahahaha

Bila memikirkan segala impian aku .. aku akan tersenyum .. ketawa.. tersenyum .. dan ketawa.. giler kan? Mmg aku rasa apa yang aku nak tu GILER tapi aku rasa TAK MUSTAHIL kalau aku USAHA LEBIH.. Aku cakap pada anak buah aku .. tengoklah kuasa Tuhan .. menemukan kita malam ni .. sebabnya 1) Adik nak dtg esok bukan hari nih.. alih2 Allah gerakkan hati dia utk dtg . walaupun dtg suka2 jek .. tapi kemudian dpt share sesuatu yg bagus 2) Anak buah aku sebenarnya malas nak naik tangga tapi dia gigih gak naik pasal Allah gerakkan hati dia utk dtg rumah aku (kenkonon nak suh aku buatkan dia kek batik .. rindu sangat dgn kek batik maksu) 3) Tetamu tu sesungguhnya pembawa rezeki .. sebab .. tak pasal2 aku dpt jual 2 ketul sabun MIOR .. rezeki tuh.. untuk aku dan anak2.. dan tak pasal2 dia pun dpt rezeki sebab dia terbawak xtra dodol .. Adik test sedap sangat terus beli ..

Alhamdulillah Ya Allah .. Kau murahkan rezeki kami dibulan yang mulia ini. Semoga apa yang Kau kurniakan menjadikan kami hamba yang lebih bersyukur pda segala nikmat pemberianmu.

Haaaa dah azan... apalagik .. tak gheti2 nak angkat buntut? kekekeke...

My fellow friends and who ever reading this .. I hope all my writting will somehow touch your heart in every possible ways .. somehow will benefits you guys .. just as some bloggers do benefit myself in opinion about life .. kerana aku mmg seorang yg suka menulis .. kerana aku selalu menulis sesuatu yang datang dari hati ... Thank you Allah .. kerana mengerakkan jari jemari ini untuk sentiasa ringan berkongsi ilmu mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.. ;p

Tuesday, September 23, 2008

Shocking Asia? hahahaha

Kita merancang Tuhan pun merancang .. rancangan Tuhan adalah suh aku tido rehatkan diri.. hahaha.. jadiknya plan yg kenkonon nak buat cookies terbengkalai begitu saja. Bangun jek dah pukul 4.30pagi bleh.. aku sahur .. subuh .. terkebil2 .. dan sambung tido balik.. hahahaha giler keji. Paginya aku dpt msg kek utk hari rabu tunda hari ahad.. hahahaha.. mmg bagusla tido.. rehatkan diri . Penat memikirkan macam2.

Hari nih mmg bz... buat banyak pekara satu masa. Semoga Tuhan memberkatiku dan melindungi aku .. semoga aku akan tabah mengharungi liku2 hidup ini.. sesungguhnya Tuhan bersama2 hambanya yang sabar ... terlalu banyak informasi nak didigest hari nih.. kengkadang rasa mcm citer drama pulak .. sometimes things that u hear .. the real truth just so shockingly amazingly unbelievable.. truth is what u seek .. and the truth u shall receive.. urut dada mendengar semuanya .. but i'm not surprise .. not at all...

skrg nih aku mmg really penatttttttt. penat otak satu penat badan lagiiilllaaaaa lapan .. but i guess this is life .. sometimes like i said before .. it just cuts u through the bone. but i guess u always have to finish what u started ...

my dear friend said that .. if u dont want to open the other door u might not see what in store for you .. just keep walking until u see the light .. ahhaaaa.. there's always light in every dark tunnel .. just keep seeking till u find it ..

sometimes u took so long looking at the closed door .. while the one that opens keep waiting for you ..

so open that door bakyah .. u might be surprised .. for happiness is for the one who wants to seek it .. may happiness is the one that u find in that secret door .. Allah .. Kau Maha Besar dan Maha Pengasih .. thank you Allah for showing me the things i overlook all this while .. thank you Allah for always granting my wish .. May You keep guiding me thru the happiness that i seek ...

Ya Allah .. perbaikilah agamaku yang menjadi benteng segala urusanku .. dan perbaikilah duniaku dimana Engkau menjadikannya kehidupanku .. Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada akhirnya, dan sebaik2 amalku pada kesudahannya dan sebaik2 masaku pda masa untukku bertemu dengan Engkau Ya Rahman dan bantulah aku untuk sentiasa menyebutMu dan memsyukuriMu.

Ya Allah berikanlah aku ilmu yang bermanfaat , rezki yang lapang dan amal perbuatan yang diterima ..

Ya Allah .. aku berlindung kepadaMu dr sifat kikir, aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut, aku berlindung kepadaMu dari cubaan dunia dan fitnah2 nya .. aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur , sifat kafir, qaqir dan munafik ..

Ya Allah .. janganla Kau palingkan aku dari rahmat dan kasih sayangMu .. sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi ..

thank you Allah .. thank you Allah

Monday, September 22, 2008

Stay Focusssssssssssssssssssssss

Aku dah beli barang2 kek. Org ramai giler dan ada lagi benda yg takder.. takpela .. esok aku pergi beli lagik. Kalau bleh minggu kritikal ni aku nak barang semua dah siap dan aku tak perlu pergi BWY lagik.. sebab makin nak raya makin ramai org dan makin banyak barang yg takder.. as korang tau lif umah aku rosak so terpaksala aku turun dua tiga kali ngangkut barang.. rasa cam nak rebeh bahu neh..ni ada lagi barang yg aku lom amik.. tumpang kedai kawan kat bawah. Penat? Exhausted .. kalau tak fokus mau tak menjadi semua projek2 aku .. tapi tak bleh la gitukan . Manusia berpegang pada janji .. aku dah janji jadi aku akan laksanakan. Malam ni aku mmg dah tak larat sangat dah tapi kalau aku tak bake cookies .. aku akan behind schedule .. kalau aku behind schedule maknanya .. hari2 aku akan jadi HURU HARA.. hahaha.. so cemana pun aku kuatkan semangat yang by hook or by crook .. cookies ni harus siap .. lepas ni leh consentrate sepenuhnya pada kek , Beautiful dan MIOR. Dalam pada aku numpang barang tuh sempat gak aku buang2 cakap pasal MIOR .. alhamdulillah .. dapat jual 1/8 bar .. rezekiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... alhamdulillah Ya Allah .. dalam pada aku naik tangga keatas sempat gak aku buat appointment utk Beautiful .. hahahaha .. fokus fokus .. kerja kerja ..

Bulan sembilan dah nak abih .. projek Beautiful aku masih lagi dalam KIV . Aku berharap akan ada hasilnya sebelum tiba 1hb October. Dalam keadaan sekarang there's is no room untuk melalaikan diri. Stay Fokus .. selalu aku cakap pada diri aku. If you want something you got to work your ass to get it. Besok aku harap aku bleh deliver cookies2 nih right on schedule. Esoknya 5biji kek dan 2 cookies .. lusa .. 7 biji kek .. Jumaat takder delivery tapi kena prepare untuk sabtu , ahad dan seterus seterusnya . Hari Sabtu nanti ada 8 biji kek nak hantar .. aku masih memikirkan cemana gayanya nak bawak turun sekali lapan biji .. different size lak tuh .. takpela .. insya Allah aku leh manage. Ahad hanya 2biji .. so takder la stress sesangat . Isnin sampaila raya mmg saat2 kritikal .. so I've to focus.. tah berapa juta kali aku cakap dgn diri aku suh fokus .. kekekeke ..

Hanya Tuhan saja yg tahu betapa letih dan tak laratnya. Tambah lif rosak nih .. hai tak ngerti aku bila la drg nak baikinya . kalau ada lif tu risiko kek nak rosak tu kurang sikit .. bukan apa takut tersengul sesapa ke .. terrebeh plastik ker .. adoii adoiii ..

Ya Allah cepatla lif elok.

Ini Kisah Semalam

Aku terjaga dari tidur sebab aku rasa sejuk giler sampai mengigil2. Aku bangun dan merenung anak-anak yang tertidur keletihan.. perlahan2 aku leraikan pelukan mereka dan bangkit masuk bilik. Kelam kabut carik sweater .. huii sejukknya … melompat2 aku dibuatnya .. (acara nak memanaskan diri) . Tengok pc .. pukul 1.36pagi . Huh baru pukul 1 lebih ka? Cuba nak menidurkan diri .. tapi tak jadiklah . Try to connect myself to the internet .. alahai line mlm nih cam hampeh . Tah berapa kali tah mampus . Tp sempat gak aku download lagu yg aku nak. Hehehe..


Semlm (sebab aku taip ni pun dah pukul 4.53pg) rasa payah tul nak bukak mata. Sampai anak2 aku terpaksa kelebet2 kelopak mata aku.. hehehe.. “ibuuu bangunlaaaa, kakak dah bangun ni” .. aku bukak mata senyum .. sambung tido .. “ibu,ibu”, kakak siap main bisik2 kat telinga aku .. “kakak nak susu” .. “ok”, aku jawab slow motion jerk . sambung tido. Hahaha.. giler keji kan?? .. tak putus asa nih .. anak aku .. dia kelebet plak kelopak mata aku.. hahahaha time nih aku tak tahan .. ok ok ibu bangun..


Aku bangun tengok adik tergolek atas toto .. aku g sambung tergolek sama. Hahaha.. Aku peluk2 sikecik tuh.. gomol2 dia .. ngacau dia tido pulak .. si kakak dah standby jek kat sebelah .. dan bila aku nak pejamkan mata jek … “Ibuuuu… jangan la tutup mataaaa” .. hahahaha.. aku nak tergelak lam hati . Oklah Ibu bangun .. pesal la tulang temulang aku malas sangat nak gerak nih …


Aku pandang 6 bijik kek buah 750g yg belum diambil oleh cust. Dah dua hari aku dok call tapi hampeh .. jawab pun tak.. sms pun tak dilayan . Tak bleh jadik nih .. aku pun mulala start marketing kek buah tuh.. kek buah ready stok . Bebila leh anto. Harga rm22. Lepas aku dah selesai mewar2kan kat org … barulah masuk sms .. pemiliknya dah dtg nak ambik .. terpaksala aku kensel ngan org2 yg aku dah call sebab mmg tak dan nak buat hari nih .. sebab aku ada date ngan Kittie dan Adik .


Sampai kat Sogo terus g childrens department . Punyala ramai org. Semua bz dgn adengan memilih baju anak2. Ada yg berkejar2an dgn anak2 sebab nak trykan baju. Ada anak2 yang sampai tertido dlm stroller .. yg melalak .. yang main bola tah dtg dr mana (tu anak aku la tuh ) .. yg merengek .. yang buat muka toya (baru belajo posa agaknya) tak ketinggalan yg sexcited nengok barangan Barbie (anak aku lah tuh.. ) yg aku heran tuh .. siAdik pun sibuk nih tgk Barbie .. Faruqqqqqq… ko jangannnnnnnnn…. Hahahaha.


Jenuh pilih baju, sambil memerhatikan anak2 .. si adik tah berapa kali masuk bawah baju2 yg bersidai .. tergolek siap main baring2 atas lantai.. oh dia sempat capai satu baju yg dihanger oleh promoter .. heret kehulu kehilir .. kenkonon dia dah pilih baju dia lah. Tapi baju yg dia pilih tuh baju pompuan .. kaler maroon lagik. Hahahaha.. aku gelak jek perati dia kehulu kehilir tgh2 ramai2 org tuh sambil seret baju tuh. Kiut betul. Pastu nampak bakul, nak bakul pulak.. siap ambik baju2 taruk lam bakul nih.. pastu seret bakul plak .. hahaha.. ini mengigatkan aku pd adengan tolak kerusi.. hahahaha.. sah2 mmg anak aku.. perangai pun sama jek.

Sikakak tak habih2 nak baju Barbie, nak anak patung Barbie.. semuanya Barbie lah. Bila aku tgk rege .. hahaha cecepat aku campak..dan adengan campak mencampak nit ah berapa kali aku buat.. kakakaak. Bak kata maktam.. mmg baju budak mahal la ya amatzzz… kitaorg siap carikkan baju Biha sekali . Nanti Lily 30hb aku paskan baju Biha dengan kek ko sekali . Ada nih .. lawo .. ai jambula anak dara aku yg lagik sorang tuh ..Tp tu hadiah mummy tau. Ibu belum beli lg hadiah Biha..takpe .. Biha dont be khuatir, nanti ujung2 nak raya (tgh2 Ibu lebat.. hahahaa) Ibu carikkan sesuatu utk Biha.

Aku tgk baju yg Kittie pilih .. alahai seriau .. dia cakap .. ala aku tak kisah .. utk anak2 aku .. bukan selalu .. aku perati jek dia kehulu kehilir dgn sikakak memilih baju .. tengok rege .. fuhhh mau pitam .. Kittie oii .. mau bankrap ni kang .. Ala aku tak kisah aku cakap .. errr errr …Masa nak bayo kakak sudah capai satu anak patung dalam beg .. mcm handbag tuh. Aku tgk rm19.90. Oklah . Masa nak bayau .. aku pandang sekali lagik .. apa ??? RM119.90.. hahahahaha .. cecepat aku campak .. apa lagik melolongla kawan tuh tanya mana anak patung dia.. terpaksa guna cara diplomasi .. iaitu McDonald. Sikakak kalau cakap pasal McDonald mula la teringat kat Mama Lily dia .. Hahaha.. ye adik2.. pujuk anak dgn McDonald eh. G McDonald beli happy meals .. ada mainan .. selamat kesan degil. Kekeke.


Baju Eiliyah
Baju Faruq
Baju Biha (ikut warna mama dia mintak..hehe)
sempat gak tu naik kereta nih.. huhu
berebut-rebut nak pegang stereng

Sambil dorang makan2..minum2.. kitaorg bercakap pasal bisnes yg nak diproposekan .. semlmnya aku dah propose kat Red .. cemana Red? Ready to join? Jangan tunggu lama lama nanti lama lama … hahahaha.. Wink wink kat red…

Lepas tu balik ke stesen LRT tmpt kitaorg park kereta . Cecepat bertolak g umah Along sebab dah janji nak buka posa ngan Achik dan Aspalina..( giler bengang jek laki Aspa sebab dia sekor jek kumbang .. hahahaha.). Sampai kat umah Along cecepat aku masak spaghetti, panaskan dan alter kuah dia , buat sambal belacan ( sampai balik melekat bau belacan .. hahahaha ) , kejar Asar yg dah tinggal ujung2 … sambung tengok spaghetti dah masak ke lom .. Aspalina pun sampai dgn suami dan anak2.. budak2 kalau dah jumpa mulala riuh. Aku mandikan anak2 .. kasik wangi .. settle jek .. Azan pun berkumandang. Kitaorg buka posa sesame .. giler kenyang ,, mcm nak meletops . Si Aspa tak habih2 remind aku .. ko kena habiskan murtabak nih .. ko yg mintak tadikkan?? Hahahaha .. giler keji .. 4 sekali ko suh aku habihkan?? Meletop la beautiful aku .. kakaka.. Sesambil makan tuh sempat gak aku promote sabun MIOR .. hahaha giler keji .. dah la semalam sama gak.. lepas buka terus pomote sabun kat sepupu2 aku .. hahaha .. tapi tak membazir air liur sebab drg pandang jek muka aku ( dah jadik testimony bergerak aku nih dgn MIOR, dgn Beautiful ) .. terus tangkap satu.. alhamdulillah .

Dlm pukul 8 , Aspalina mintak diri nak balik.. tinggalla aku , Acik , Adik ngan Along melayan anak2 yg main mcm tak hengat .. berkejar2an .. melompat2 .. riuh cm hari raya. Padahal empat org jek baru tu. Sempat gak kitaorg mention .. lepas ni cuba fikir turn sapa .. Angahhhhh.. masing2 jawab serentak .. lepas tuh ketawa berdekah2 .. tak payah la .. aku tak sanggup .. tak larattt .. tak koserrr..kekke .. bukanla pasal Angah .. adalahhh.. tak habih2 kitaorg mengusik Adik .. huhuhu.. Adik .. hampun mahap yek .

Pukul 10.00 gerak dr rumah Along balik. Sikakak siap cakap takmo balik .. hahahha.. seronok sangat main dgn anak2 Along. Along siap bekalkan mcm2 nih.. nasik la. Laukla .. tak ketinggalan muruku .. hahaha sedap2 .. dlm kereta aku suh budak2 tido .. simpan tenaga kang nak kena naik tangga sampai ting 10. Sampai jek rumah .. aku terus bentang toto.. semua tergolek keletihan dan sambung lelap sampaila aku terjaga ni ha.. langsung tak bleh tido …bukak excel.. senaraikan brg2 nak beli, buat to do list.. kira2 sampai nak terbalik mata.. kakakaka.. terbalik memikirkan nak mengangkat semua bebenda berat naik tangga.. adoilaa… takpe2.. pakai beautiful .. baru leh panjat tangga dgn bergaya sekali.. kakaka

To Kittie, terima kasih belikan anak2 baju raya . Mudah2an Allah murahkan rezeki ko untuk menimang cahayamata.. Amin Amin (meh Aminkan beramai2) .. dah terlalu banyak budi ko pada aku sekeluarga .. Allah sajala yg membalasnya .. err jgn lupa pasal bisnes proposal aku .. hahahahaha .. wink wink kat Kittie.

Minggu baru dah tiba, aku dah start sibuk minggu nih sampailaaaaa raya . Hari nih nak kena gi beli bahan2 kek . Bila pk lif ,.. alahai lemah lutut. Mudah2an aku dikurniakan kesihatan yg baik .. untuk memperjuangkan order2 org ni.. hahahaha tak kang ada lak yg baling aku ngan parang sebab tak dpt kek .. kakakaka ..

Ops dah pukul 5.26. sahurrrrrr cepatttttttttttttttttttttttttttttt

" Hahaha tak makan menda pun.. rasa mcm kenyang lagik. Tadi masa buka dah pulun mcm tak hengat .. Bancuh milo jek .. pastu minum air putih bebanyak.. dah ujung2 nih males jek nak makan poyo2.. Makanan yg dibekalkan semua masuk peti ais .. kekke.. haaa dah azan .. nak g mandi .. giler gigih mandi pepagi buto nih.. hahahaha.. brrr brrr sejukkkkkk"

Friday, September 19, 2008

Haruskah mengalungkan bunga??

Akukan mmg teringin nak mengalungkan bunga la pada seseorang yang telah membuat hidup aku jadik ceria lak sejak dua menjak nih.. sering nak buat aku ketawa sampai nak tergolek .

to my superfriends..

kowang mmg giler kejam kan ??? masa aku nak menabur bebenih keinsafan sekor tak nampak btg idung . wei aku g giant kejap jek tau . budak giant tuh siap gelak - gelakkan aku lagik .. dah la tertinggal beg yg ada jenama GIANT .. di GIANT lak tuh ... tak pasal2 aku terbang lagik duit sebab membeli belah di GIANT... oh GIANT .. ko mmg la seswatuhhh tau ...

anyway , minggu ni mmg last goyang kaki pala lutut semua . minggu depan aqaq dah bz buat kek anto kek buat cookies anto cookies... yg tak tahan tu ialah bila teringat janji2 manis ku untuk buat kueh tat ... hazab la aku .. lif tgh rosak .. sapa la nak suh pikul nenas naik ke atas tingkat 10 nih???? mau meroyan aku .. tapi tengoklah dulu .. menabur janji janji manis ni mmg best .. nak menunaikannya tu .. hahahahaha .. ontahhh... korang doa jek la bebanyak .. kalau rasa agak2 teraniaya dgn janji2 aku nih .. doala lif umah aku cepat elok.. boleh aku pikul nenas naik atas .. tu baru nak buat jem tuh ... lom nak nguli , nak membentuk jadik cam buah nenas .. nak bakar .. masuk botol .. nak anto kat dema dema tuh ... ohhh sungguh kak kiah rasa mcm nak meroyan .. kakakakakaka


pada yg nak oder kek , ha cecepat sikit .. kalau kak kiah dah full schedule korang nak oder .. mau kak kiah kirai kain nanti .. hahahahahahaa...

lawaklaaa

kepada seseorang yg menghiburkan hati kak kiah yg tengah jiwa kacau nih .. terima kasih la bebanyak .. may god bless u ..


hahahahahaa.. larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk


oh cop cop sebelom nak larikkkkkk .. ada pesanan pihak penaja

sesapa yg nak oder sabun MIOR .. buleh sesangat sebab aqaq baru jek amik stok semalam. leh try 1/8 bar dulu .. nanti raya leh la nampak berseri2 .. bersinar2.. mcm kena basuh dgn dynamo. jangan memalu nak tepon atau sms aqaq eh .. malu nanti tak lawo lak muka .. kakakakakaka...

ok sambung ..

larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk